Rosli Abdullah cekal berkempen dikala pandemik

 Rosli Abdullah cekal berkempen dikala pandemik

KUALA LINGGI: Meskipun berada dalam keadaan norma baharu, namun bukan menjadi penghalang buat calon – calon wakil rakyat di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memancing undi dalam Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) saat ini.

Pelbagai alternatif dan strategi telah dilaksanakan oleh setiap calon wakil rakyat yang bertanding bagi memeriahkan suasana kempen pilhan raya kali ini.

Walaupun tidak semeriah seperti tahun sebelumnya, ekoran prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang penularan COVID-19, namun ia bukan penghalang buat calon wakil rakyat untuk turun padang bagi bertemu rakyat di kawasan mereka.

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Rosli Abdullah, telah mengadakan sesi majlis bacaan Yassin di salah sebuah rumah dikawasan Kuala Linggi yang diadakan oleh kumpulan wanita Barisan Nasional.

Menurut Rosli Abdullah, dia akui mengalami sedikit kesukaran untuk melakukan aktiviti kempen pada pilihan raya kali ini kerana perlu mematuhi (SOP) yang ditetapkan, namun ia bukan penghalang buatnya untuk meneruskan misi berkempen.

Ini merupakan pengalaman pertama saya sebagai calon, kesukaran ini menyebabkan kami terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah

“Biasanya jika berkempen dengan cara seperti ini agak cerah kerana maklumat yang ingin disalurkan akan sampai terus ke masyarakat, lebih lagi kepada mereka yang tidak mempunyai alat komunikasi yang canggih dan hanya bergantung kepada kita untuk ziarah ke rumah” ujar Rosli.

Tambahnya lagi, media sosial kini memainkan peranan penting buatnya sebagai medium perantaraan maklumat kepada masyarakat disana.

“Media sosial amat penting, kerana kecanggihan teknologi patut seiring dengan kehidupan kita, dan berharap dalam keadaan begini, boleh membantu dalam apa yang kita sedang lakukan,” kata calon Barisan Nasional Dun Kuala Linggi.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

38  −  31  =