Ronaldo kena kerja keras, pecah rekod penjaring terbanyak

 Ronaldo kena kerja keras, pecah rekod penjaring terbanyak

MUNICH, 19 Jun – Kapten dan lagenda bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo perlu bekerja keras dalam pertemuan pasukannya dengan Jerman untuk menjadi pemegang rekod gol terbanyak dalam kejuaraan antarabangsa.

Dalam perlawanan kedua Kumpulan F Euro 2020, Portugal akan bertemu tuan rumah Jerman di Stadium Allianz, di sini, di mana sejarah tidak pernah berpihak kepada Ronaldo.

Sepanjang empat kali menentang mereka – 360 minit keseluruhan – selain 23 percubaan ke gawang gol, Ronaldo tidak pernah menjaringkan gol menentang pasukan bimbingan Joachim Low. Hanya menentang Perancis (enam) dia bermain lebih banyak permainan antarabangsa tanpa menjaringkan gol.

Ronaldo bagaimanapun kini kekurangan satu gol untuk menyamai rekod Miroslav Klose (19) sebagai penjaring gol terbanyak oleh pemain Eropah di kejuaraan Piala Dunia dan Euro.

Bintang Juventus itu menjaringkan dua gol lewat untuk menolong pasukannya meraih kemenangan 3-0 ke atas Hungary dalam perlawanan pembukaan Kumpulan F mereka dan menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah Kejuaraan Eropah dengan 11 dalam 22 penampilan.

Memetik dari laporan UEFA, bekas penyerang Portugal, Nuno Gomes berkata kemenangan akan mengangkat Portugal ke pusingan kalah mati dan berpotensi untuk menyingkirkan Jerman jika Hungary gagal untuk mengalahkan Perancis.

“Tiada benda yang mustahil bagi Ronaldo, dan ianya telah diadaptasi oleh setiap rakan sepasukan. Dia sangat bermotivasi tinggi dan kita semua boleh mengharapkannya untuk memberikan segalanya.

“Walaupun terdapat perbezaan dalam corak permainannya jika dibandingkan dulu, beliau menggantikannya dengan puluhan gol. Dia sentiasa berada di waktu dan posisi yang tepat untuk membantu pasukannya,” katanya.

Ronaldo perlu menjaringkan empat lagi gol untuk memecahkan rekod dunia Ali Daei dari Iran yang menjaringkan 109 gol dalam semua kejuaraan antarabangsa.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *