Ronaldo hambar di Euro, Messi menyinar di Copa America

 Ronaldo hambar di Euro, Messi menyinar di Copa America

Bintang Argentina, Lionel Messi, berharap dapat akhiri kemarau 28 tahun Argentina.

Oleh Iqhram Ahmad

BRASILIA, 20 Jun – Bintang Argentina, Lionel Messi sekali lagi membuktikan kepada pengkritik bahawa beliau mampu membawa kemenangan kepada skuad negaranya di Kejuaraan Copa America.

Messi yang juga kapten Argentina menjaringkan gol ke-73 beliau di peringkat antarabangsa melalui sepakan percuma cantik dalam perlawanan seri menentang Chile pada 15 Jun lalu.

Semalam, Messi sekali lagi mempamerkan aksi luar biasa dalam perlawanan kedua Kumpulan B menentang Uruguay, dengan hantaran lorongan hebat untuk Guido Rodriguez memberikan kemenangan 1-0 menentang Uruguay.

Skuad Albiceleste kini di tangga teratas Kumpulan B dengan berkongsi empat mata dengan Chile yang berada di tangga kedua, diikuti dengan Paraguay, Uruguay dan Bolivia.

Sementara itu di Eropah, Portugal yang dibintangi pemain lagenda Cristiano Ronaldo tewas 2-4 kepada Jerman dalam perlawanan kedua Kumpulan F Euro 2020.

Walaupun Ronaldo terlebih dahulu menjaringkan gol Portugal pada minit ke-15, namun Jerman berjaya mengejar selepas Ruben Dias dan Raphael Guerreiro menjaringkan gol sendiri pada minit ke-35 dan 39.

Meskipun Diogo Jota menyamakan kedudukan pada minit ke-67, jaringan pemain muda Jerman Kai Havertz dan Robin Gosens pada minit ke-51 dan ke-60 memusnahkan harapan Portugal untuk menduduki tangga teratas Kumpulan F, yang digelar ‘kumpulan maut’.

Ronaldo tidak pernah menjaringkan sebarang gol menentang Jerman dalam kesemua lima perlawanannya- 400 minit secara keseluruhan. Hanya menentang Perancis (6 perlawanan) dimana beliau bermain lebih banyak permainan antarabangsa tanpa menjaringkan gol.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *