Rokok seludup RM80,000 disorok dalam garaj

 Rokok seludup RM80,000 disorok dalam garaj

KOTA TINGGI, 9 Januari – Sebuah rumah di Kampung Baru, Bayu Damai, Pengerang ini kelihatan tiada bezanya berbanding kediaman penduduk yang lain.

Namun, di sebalik ketenangan suasana kampung, penduduk setempat gempar apabila rumah tersebut diserbu sepasukan polis semalam.

Hasilnya, maka terbongkarlah kegiatan haram satu sindiket yang menjadikan rumah tersebut sebagai tempat penyimpanan rokok seludup sebelum dipasarkan di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, Bahagian Siasatan Jenayah IPD berkenaan melakukan serbuan pada jam 3.30 petang selepas melakukan risikan dan mendapat maklumat wujudnya kegiatan mencurigakan di rumah tersebut.

“Semasa serbuan, dua lelaki warga tempatan yang berusia 35 dan 37 tahun ditahan. Hasil pemeriksaan, kita merampas 16 kotak besar mengandungi 807 karton rokok seludup jenama Lengue Ice.

“Rokok seludup itu disorokkan dalam kawasan garaj rumah tersebut. Nilai rampasan kira-kira RM80,000,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda 10 ganda nilai rampasan atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi) atau penjara hingga enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

69  −    =  68