ROG Phone 5: Telefon pintar ‘gaming’ terbaru Asus

 ROG Phone 5: Telefon pintar ‘gaming’ terbaru Asus

Oleh Iqhram Ahmad

 KUALA LUMPUR, 11 Mac. – Syarikat komputer terkenal Taiwan, Asus, mengumumkan tiga telefon pintar terbaru mereka iaitu ROG Phone 5, ROG Phone 5 Pro dan ROG Phone 5 Ultimate.

Walaupun diperkenalkan dengan nombor 5 pada namanya, telefon pintar terbaru ini merupakan edisi keempat mereka dan menawarkan skrin sebesar 6.78 inci dan kadar penyegaran semula 144Hz.

Penyegaran semula yang tinggi itu bertujuan bagi memberikan pengalaman permainan yang lancar dan responsif.

Telefon sistem Android ini dikuasai doleh cip 2.84GHz Qualcomm Snapdragon 888, bateri bersaiz 6000 mAh serta storan memori bermula dari 128GB dan RAM 8GB. Walau bagaimanapun, pengguna boleh menaik taraf RAM sehingga 18GB dan pilihan storan memori ke 256GB atau 512GB menerusi model Pro dan Ultimate.

Kesemua koleksi ROG Phone 5 hadir dengan tiga kamera, yang terdiri daripada kamera utama 64MP dengan sensor Sony IMX686, lensa sudut lebar 13MP dan kamera makro 5MP. Manakala, dihadapan mempunyai kamera 24MP.

ROG Phone 5 kini boleh ditempah pada harga serendah RM2,999 dan akan dijual secara rasmi pada April 2021.

ROG Phone 5 Ultimate

Pelanggan yang menempah turut berpeluang untuk mendapatkan Gamepad Kunai 3 bernilai RM499 secara percuma menerusi pengedar yang sah.

Sementara itu, varian Pro dan Ultimate dengan spesifikasi tinggi dijangka tiba di Malaysia pada Mei 2021 dengan harga RM4,499 hingga RM4,999.

Kedua-duanya dilengkapi dengan penyejuk AeroActive. Pembeli versi Ultimate juga akan menerima Ultimate Fan Gift Box.

Kesemua model ROG Phone 5 ini mempunyai port USB-C dan menyokong quick-charging serta Asus HyperCharge.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  18  =  22