RM290,000 denda buat West Ham, United kena RM41,000

 RM290,000 denda buat West Ham, United kena RM41,000

Gelagat penyokong West Ham ketika perlawanan Liga Europa. FOTO WUFC

KUALA LUMPUR, 22 Okt – West Ham dan Manchester United didenda oleh badan induk pentadbir bolasepak Eropah (UEFA) disebabkan kekacauan dicetuskan oleh dua penyokong kelab terbabit sewaktu perlawanan di Eropah pada September lalu.

The Hammers perlu membayar sebanyak 60,000 Euro (RM290,000) selepas penyokong mereka membaling objek ke dalam padang ketika menang 2-0 ke atas Rapid Vienna dalam pertandingan Liga Europa.

Ia kemudian diikuti oleh penyokong pasukan pelawat memanjat pagar penghalang untuk mengejek penyokong West Ham di Stadium London.

United pula didenda kerana penyokong membaling objek ketika mengatasi Villarreal dalam Liga Juara-Juara (UCL).

Cristiano Ronaldo meledak jaringan kemenangan di Old Trafford ketika pasukan tuan bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 dalam saingan Kumpulan F.

United didenda 8,375 Euro (RM41,000) dan mereka perlu membayarnya dalam tempoh 90 hari.

Esme Johari Wahab

http://wacana.my

esme.johari@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  76  =  83