RM210,000 melayang dikompaun di premis hiburan

 RM210,000 melayang dikompaun di premis hiburan

JOHOR BAHRU – Seramai 45 individu termasuk dua pemilik premis terpaksa membayar kompaun RM210,000 setelah ditahan dalam dua serbuan berasingan di premis hiburan yang dijalankan, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam dua serbuan itu, polis menahan 2i wanita termasuk sembilan wanita warga asing dan 24 lelaki berusia antara 20 hingga 55 tahun.

Beliau berkata, serbuan berkenaan dijalankan di Taman Mount Austin dan Taman Adda Heights, di sini.

“Dua penjaga premis dikenakan kompaun berjumlah RM25,000 manakala semua pelanggan dikenakan kompaun RM5,000 setiap seorang

“Kompaun berkenaan dikeluarkan atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam serbuan itu polis turut merampas sembilan resit perniagaan, satu perakam video, satu pemain DVD dan satu CD.

“Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan dalam usaha mengekang pandemik COVID-19, manakala tindakan tegas akan diambil kepada yang ingkar,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung pelanggaran SOP atau perbuatan jenayah boleh menghubungi talian 07-2182323 atau mengunjungi mana-mana balai polis berhampiran.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

62  −    =  61