RM140,000 deposit parti PRN Melaka tidak dikembalikan

 RM140,000 deposit parti PRN Melaka tidak dikembalikan

Alor Gajah: Sebanyak RM140,000 deposit pelbagai parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak dikembalikan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) kerana kegagalan jentera pilihan raya masing masing membersihkan poster dan bendera.


Walaupun sudah diberikan tempoh tujuh hari selepas PRN Melaka berakhir pada 20 November lalu, parti berkenaan gagal memastikan jentera pilihan raya masing-masing membersihkan poster dan bendera serta gegantung.


Yang Dipertua MPAG, Mohd Fadhil Hassan menegaskan, MPAG tidak akan mengembalikan deposit berkenaan kerana jentera terbabit tidak membersihkan keseluruhan kawasan yang dipasang bendera, poster dan gegantung calon dan parti masing-masing.


“Kami dapati walaupun kebanyakan bendera, poster dan gegantung sudah dicabut atau ditanggalkan, masih ada yang dibiarkan begitu sahaja di kawasan itu.


“MPAG tidak akan memulangkan deposit itu kerana tempoh tujuh hari sudah tamat,” katanya ketika ditemui selepas majlis Penyampaian Hadiah Sempena Program Insentif Cukai Taksiran Harta MPAG 2021 di pejabat MPAG, di sini hari ini.

Mohd Fadhil Hassan menyerahkan kunci motosikal kepada Penolong Pengurus Jabatan Sumber Manusia Yumei Technologies Sdn Bhd, Serena Teo di pejabat MPAG, Alor Gajah.


Seramai lima pemilik premis yang membayar cukai berkenaan tanpa tunggakan mendapat hadiah peti televisyen, lima (basikal) dan seorang (motosikal Honda EX5). Turut hadir, Setiausaha MPAG Datuk Salleh Mohd Som.


Seramai 112 calon daripada lima parti politik dan Bebas mengambil bahagian pada PRN Melaka, 20 November lalu. Selain Barisan Nasional (BN), turut meletakkan calon ialah Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) dan Bebas.


Calon terbabit berkempen mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menghalang mereka berkempen secara bersemuka.


Meskipun PRN Melaka berlangsung dalam keadaan parti dan calon mematuhi SOP, bendera, poster dan gegantung tetap dipasang di semua kawasan yang ditandingi parti politik. PRN Melaka yang dikritik hebat kebanyakan parti politik kerana calon tidak dibenarkan berkempen secara bersemuka menyaksikan hanya 65.85 peratus pengundi melaksanakan tanggungjawab masing-masing.


BN mencapai kejayaan cemerlang dengan menang 21 kerusi manakala PH lima dan PN dua.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  63  =  70