• Monday, 21 June 2021, 2:55 am

RM1.2 juta rokok seludup dirampas

 RM1.2 juta rokok seludup dirampas

Polis Marin Wilayah 2 Johor merampas 171 kotak rokok disyaki tidak bercukai dalam sebuah stor Jalan Siera 6, Pusat Komersial Sierra Maharani, Muar, semalam.

MUAR, 7 Jun — Kegiatan satu sindiket menjadikan sebuah stor di Jalan Siera 6, Pusat Komersial Sierra Maharani di sini sebagai tempat transit untuk menyimpan rokok seludup terbongkar selepas Pasukan Polis Marin Wilayah 2 (PPM W2) melakukan serbuan semalam.

Walau bagaimanapun, dalam Ops Kontraban jam 4.30 petang dengan kerjasama anggota Jabatan Siasatan Jenayah dan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, tiada tangkapan dibuat kerana tiada sesiapa dalam stor berkenaan.

Komander PPM W2 Johor, Asisten Komisoner Muhd. Zailani Abdullah berkata, sebelum itu mereka yang terlibat dalam operasi itu membuat pemantauan hampir 48 jam di lokasi sebelum menyerbu permis berkenaan.

Nilai rampasan berjumlah RM1,282,500 termasuk cukai kastam.

“Pemeriksaan menemukan 171 kotak berwarna coklat dalam premis dipercayai rokok tidak bercukai kastam disembunyikan dalam permis dipercayai stor transit. Dalam kotak itu terdapat 8,550 karton rokok pelbagai jenama,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Nilai rampasan berjumlah RM1,282,500 termasuk cukai kastam.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Pemantauan dibuat hampir 48 jam di lokasi sebelum menyerbu permis berkenaan.

Dalam pada itu katanya, PPM Wilayah 2 Johor akan sentiasa meningkatkan operasi dan memperketatkan pengawalan perairan negara daripada dibolosi sindiket penyeludupan yang dilihat sentiasa mengubah taktik bagi mengelak dikesan atau ditangkap pihak berkuasa.

“Operasi bersepadu dengan pihak IPD dan balai polis pesisir pantai akan ditingkatkan bagi membanteras sindiket ini,” ujarnya.

PPM W2 Johor menyeru kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat kegiatan menyalahi undang-undang di persisiran pantai menerusi talian 07-2372221.

Nurman Nasyriq

http://wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *