Riz Amin bersedia untuk mati?

 Riz Amin bersedia untuk mati?

Oleh Zuan Azmi

Pelakon dan usahawan, Riz Amin hari ini telah berkongsi satu gambar dirinya sebagai ‘bakal jenazah’ di Instagram peribadi miliknya. Muatnaik ini telah mendapat pelbagai reaksi malah ada yang terkejut.

Riz Amin kini terlibat dalam dalam satu penggambaran drama komedi yang bakal ditayangkan di sebuah syarikat televisyen tempatan.  Dalam drama tersebut Riz memegang salah satu watak pocong dalam drama berkenaan.

Kata Riz, “apabila kita melakonkan watak sebagai bakal jenazah atau pocong ini sudah tentu timbul keinsafan dan kesedaran bahawa bukan perlu takut mati, tapi perlu ada bekalan untuk mati.

Riz Amin, pelakon

Tambah Riz lagi, “Bila kita ada bekalan untuk mati, kita tidak takut dengan mati. Tak semua orang bersedia untuk jadi jenazah atau menghadapi kematian, ajal semua ditangan Tuhan, harus bersedia untuk melangkah ke alam barzakh bila-bila masa. Saya sentiasa terbuka untuk mencuba pelbagai watak bagi mencabar keupayaan diri.”

Ditanya mengenai kariernya, Riz kini semakin melangkah ke hadapan dalam perjalanan seninya. Setelah hampir 16 tahun bergelar anak seni, Riz semakin menjadi perhatian dan pilihan pengarah kerana disiplin dan komitmen yang terbaik sentiasa diberikannya.

Riz berkata, “Perjalanan seni saya bermula perlahan dan kadangkala bergelut untuk mendapat tawaran berlakon kerana saingan yang ramai, tetapi setelah menemui rentak, saya tidak menoleh ke belakang lagi.”

 

 

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  5  =  4