Risiko perang saudara Myanmar makin tinggi

 Risiko perang saudara Myanmar makin tinggi

NEW YORK, 19 Jun – Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di ibu pejabatnya di sini, telah mengangkat sebuah resolusi untuk menghentikan penjualan senjata kepada Myanmar, yang kini diambil alih oleh pihak Junta.

Memetik daripada laporan BBC, resolusi itu disokong oleh 119 negara, di mana hanya Belarus yang menentangnya manakala 36 negara tidak masuk campur, termasuk pembekal utama senjata kepada Myanmar iaitu Russia dan China.

PBB mengecam keras tentera Junta, yang menggulingkan pemerintah terpilih negara itu serta menahan pemerintah sahnya Aung San Suu Kyi sejak Februari lalu.

Rampasan kuasa itu mencetuskan demonstrasi yang meluas, dan tentera Myanmar telah bertindak keras terhadap penunjuk perasaan, aktivis dan wartawan pro-demokrasi. Sehingga kini, pihak tentera Juntera telah menangkap lebih 5,000 rakyat yang disyaki menentang rejimnya selain 860 telah dibunuh.

Selain itu, rampasan kuasa ini turut memecah belahkan negara berkenaan sehingga terjadinya perang bersaudara, sesuatu yang PBB sentiasa ingin mengelakkan.

Menurut Utusan PBB di Myanmar, Christine Schraner Burgener berkata risiko perang bersaudara adalah nyata dan sesuatu perlu dilakukan untuk mengelakkannya.

“Masa semakin suntuk. Peluang untuk mengembalikan pemerintah yang sah semakin nipis,” katanya pada persidangan berkenaan.

Sementara itu, Duta Besar PBB di Eropah, Olof Skoog berkata resolusi itu mengutuk penyalahgunaan kuasa pihak Junta yang menggunakan keganasan terhadap rakyatnya sendiri.

“Pemerintah harus mengakui bahawa senjata yang dijual kepada Myanmar kemungkinan akan digunakan untuk melakukan penyalahgunaan terhadap penduduk.

“Resolusi seperti embargo senjata mampu membantu menghalang dan mencegah jenayah seperti itu,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *