Ringgit Malaysia dibuka rendah walaupun Malaysia akan dikeluarkan daripada senarai pemantauan

 Ringgit Malaysia dibuka rendah walaupun Malaysia akan dikeluarkan daripada senarai pemantauan

Full frame shot of Ringgit Malaysia currency

KUALA LUMPUR, 30 Mac — Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Selasa meskipun Malaysia dilaporkan akan dikeluarkan daripada senarai pemantauan FTSE Russell dan akan dikekalkan dalam senarai Indeks Bon Kerajaan Dunia FTSE.

Pada lewat Isnin, FTSE Russell mengumumkan Malaysia akan dikeluarkan dari Senarai Pemantauan bagi potensi pengkelasan semula terhadap tahap ketercapaian pasarannya daripada ‘2’ kepada ‘1’ dan akan dikekalkan dalam senarai Indeks Bon Kerajaan Dunia FTSE.

Pada 9 pagi, ringgit susut 30 mata asas kepada 4.1420/1470 berbanding dolar AS daripada 4.1390/1440 ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global, Axi, Stephen Innes berkata ringgit dijangka meningkat daripada paras rendah bulanan selepas kerajaan mengeluarkan data eksport yang lebih baik berbanding jangkaan bagi Februari 2021 dalam keadaan tanda-tanda peningkatan semula harga minyak mentah.

Beliau berkata bagaimanapun bon pula habis terjual secara ketara.

“Walaupun peningkatan hasil mutlak dapat memberikan nilai kepada pelabur wang tempatan ‘sebenar’ yang tertentu dengan rintangan liabiliti lebih rendah, namun saya masih berpandangan pelabur asing masih kekal berhati-hati susulan kitaran rendah telah berakhir, dan (bon) tidak boleh dianggap sebagai sumber aliran masuk yang boleh diyakini,” katanya kepada Bernama.

Innes berkata susulan pasaran beralih menumpukan penjual bon lebih baik, sebarang kenaikan semula ringgit mungkin bersifat sementara.

Pada pembukaan, mata wang tempatan diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang utama.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.8747/8810 daripada 4.8733/8800 ketika ditutup pada Isnin dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0709/0764 daripada 3.0744/0792.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7703/7751 daripada 3.7768/7817 semalam dan stabil berbanding pound Britain kepada 5.7023/7096 daripada 5.7247/7320.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5  +  3  =