Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

 Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 28 April — Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini berikutan permintaan semula ke atas ringgit susulan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat yang stabil dan penghindaran risiko yang meningkat akibat lonjakan kes COVID-19, terutamanya di Asia, yang memberikan sokongan kepada dolar US.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.0990/1030 berbanding dolar US daripada 4.0960/0990 sewaktu ditutup pada Selasa.

Penganalisis berkata penyusutan itu bagaimanapun dikekang oleh harga minyak yang lebih kukuh berikutan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan Sekutu (OPEC+) membuat keputusan untuk mengekalkan pengurangan output untuk tidak berubah.

Sementara itu, penganalisis pasaran kanan OANDA bagi The Americas, Edward Moya dalam satu nota berkata, walaupun permintaan minyak mentah dari India dan Jepun, unjuran mencatatkan banyak peningkatan di seluruh Eropah dan memberikan peluang untuk mengekalkan cadangan kenaikan tiga bulan, secara berperingkat yang diputuskan pada empat minggu lepas.

Permintaan minyak dijangka terus merosot di India dan Jepun memandangkan jumlah kes COVID-19 yang terus merekodkan peningkatan.

Setakat ini, harga penanda aras minyak mentah Brent diniagakan stabil pada US$66.35 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan itu meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0880/0912 daripada 3.0883/0908 sewaktu ditutup pada Selasa dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.7633/7680 daripada 3.7824/7856.

Bagaimanapun, ia susut berbanding euro kepada 4.9504/9568 daripada 4.9410/9463 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.6927/6987 daripada 5.6865/6923.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5  +  3  =