Reviu : Tabah dalam pandemik

 Reviu : Tabah dalam pandemik

BILA pandemik COVID-19 akan berakhir?  Itu persoalan yang masih gagal dijawab dan setakat ini hanya andaian mampu dibuat untuk mengagak-agak status. Namun pakar ilmu falak terkenal, Ustaz Haji Hanafiah Abdul Razak, ada unjuran beliau yang tersendiri yang digarap menerusi buku Tabah Dalam Pandemik – Bila COVID-19 Akan Berakhir? Beliau menasihatkan kita jangan lagi berkeluh kesah tetapi bersikap positif untuk memulakan hidup baharu.

Ada perspektif perlu anda selami selain mengharap pandemik pulih sepenuhnya.

Must read! Must read! Must read!

Buku Tabah Dalam Pandemik ini ditulis atas dasar prihatin terhadap umat Islam yang kini semakin tertekan diuji dengan wabak penyakit. Lantaran penularan pandemik COVID-19 ini, ramai yang ‘ketakutan’, ‘kebuntuan’ dan ‘tertekan’. Fikiran, perasaan dan kehidupan jadi tidak keruan. Kesan pandemik bukan sekadar jangkitan penyakit, malah lebih daripada itu melibatkan seluruh hal ehwal kehidupan.

Penulis: Ustaz Haji Hanafiah Abdul Razak

Saiz: A5

Muka surat: 92

Harga: RM15.00 (tidak termasuk kos penghantaran)

Terbitan: Hanafiah Abdul Razak

Berminat untuk membeli sila hubungi Puan Hajah Jumizah: 013-7412727

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

9  +  1  =