Forestieri sertai JDT

 Forestieri sertai JDT

JOHOR BAHRU, 14 Januari – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan kemasukan pemain import baharu, Fernando Forestieri.

Pengumuman itu dimaklumkan skuad Harimau Selatan menerusi video pengenalan berdurasi kurang satu minit yang dimuat naik dalam media sosial mereka, hari ini.

Sementara itu, Forestieri mengakui telah mendengar dan melihat banyak perkara mengenai JDT, khususnya melibatkan projek bola sepak juara Liga Super berkenaan.

“Saya telah mendengar dan melihat banyak perkara mengenai projek bola sepak JDT, dan saya membuat keputusan inilah hala tuju saya. 

“Saya teruja untuk memulakan perjalanan ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas yang dimuat naik dalam Facebook JDT.

Dalam video berkenaan, pemain itu dilihat keluar daripada sebuah limosin hitam yang berhenti di depan pintu utama Ibu pejabat JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Ketibaannya disambut Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards dan Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora.

Pemain penyerang kelahiran Argentina itu dipercayai bakal menyarung jersi bernombor 45 jika dilihat berdasarkan video yang dikongsikan berkenaan.

Pemain berusia 31 tahun itu sebelum ini beraksi bersama pasukan Udinese dalam liga Serie A, Itali. 

Selain itu, dia turut pernah menyarung jersi Sheffield Wednesday dan Watford

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *