• Sunday, 20 June 2021, 12:09 pm

Rentas daerah tanpa surat kebenaran, dua individu dikompaun RM5,000

 Rentas daerah tanpa surat kebenaran, dua individu dikompaun RM5,000

SEREMBAN, 22 Mei — Dua individu dikompaun RM5,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila merentas daerah tanpa surat kebenaran polis di Taman Perindustrian Lukut, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata pihaknya turut mengeluarkan tujuh kompaun RM1,500 setiap seorang kepada lima individu kerana tidak memakai pelitup muka serta dua individu yang tidak mematuhi penjarakan fizikal dengan melepak tanpa alasan munasabah di sekitar Port Dickson dan Teluk Kemang.

“Secara kumulatif, Polis Daerah Port Dickson telah mengeluarkan 22 kompaun ke atas individu yang didapati gagal mematuhi SOP ditetapkan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan bermula 12 Mei lalu sehingga semalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pasukan Task Force operasi pematuhan SOP PKP melibatkan anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Bahagian Siasatan Jenayah dan Balai Polis Port Dickson.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *