• Thursday, 17 June 2021, 2:28 pm

Remaja ditemukan, teman lelaki disiasat kesalahan merogol

 Remaja ditemukan, teman lelaki disiasat kesalahan merogol

SHAH ALAM, 4 Jun. – Polis awal pagi tadi berjaya menemui gadis remaja yang dilaporkan hilang sejak 31 Mei lalu di rumah teman lelakinya di Padang Jawa, di sini, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, remaja berkenaan ditemui kira-kira jam 4 pagi tadi di sebuah kondominium di Padang Jawa bersama teman lelakinya.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam melancarkan Ops Jejak bagi mengesan gadis berkenaan di sekitar Shah Alam. Gadis itu ditemui dalam keadaan baik dan polis mendapati dia duduk bersama teman lelakinya di rumah sewa lelaki itu,” katanya.

Baharuddin berkata, teman lelaki remaja berkenaan yang berumur 19 tahun kini ditahan dan polis sedang teruskan siasatan lanjut.

Selain itu, bapa kepada remaja berkenaan turut sudah membuat laporan polis bahawa anaknya dirogol hari ini.

“Dia disiasat atas kesalahan rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” kata Baharuddin.

Berita kehilangan gadis itu tular di media sosial baru-baru ini di mana lokasi terakhir remaja itu dilihat di Seksyen 7 iaitu dalam kawasan taman perumahan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *