Remaja dikhuatiri lemas semasa memancing udang

 Remaja dikhuatiri lemas semasa memancing udang

Oleh Nurman Nasyriq

PONTIAN, 30 Okt – Hasrat seorang remaja memancing udang bersama-sama bapanya tidak kesampaian apabila terjatuh dalam sungai dan dikhuatiri lemas berhampiran Pasar Awam Pekan Benut, hari ini.

Mangsa, Mohd. Akmal Jamaludin, 17, dikatakan tiba-tiba sakit semasa memancing di atas bot dan dibawa segera ke Hospital Pontian untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Penolong Penguasa Bomba Azhar Abdul Jail berkata, semasa dalam perjalanan ke hospital, bot dinaiki terlanggar tunggul dan mangsa tercampak ke dalam sungai.

Anggota bomba melakukan operasi SAR bagi mengesan seorang remaja yang dikhuatiri lemas selepas terjajuh dalam sungai berhampiran Pasar Awam Pekan Benut, Pontian, hari ini.

“Apabila bapanya ingin menyelamatkan, mangsa telah tenggelam.

“Seramai tujuh anggota dari BBP Benut dan tiga anggota dari Fire Post Benut dikejarkan ke tempat kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan hingga kini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Irmamusliana Mustajab

emma@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  8  =  2