Remaja 13 tahun mangsa rogol mula perkenalan di Instagram

 Remaja 13 tahun mangsa rogol mula perkenalan di Instagram

PETALING JAYA : Lelaki berusia lingkungan 30-an yang dipercayai merogol remaja perempuan berumur 13 tahun ditahan polis selepas menerima laporan daripada ibu mangsa.

Lelaki yang juga penduduk tempatan Pulau Pangkor, Perak itu mula berkenalan dengan mangsa menerusi aplikasi Instagram (IG) dan berkomunikasi sejak setahun lalu.

Sekadar gambar hiasan

Kejadian itu dikatakan terbongkar apabila ibu mangsa mencurigai mesej pada telefon bimbit anaknya itu sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan polis menerima laporan kejadian itu dan penahanan suspek berkenaan.

Menurut Mior Faridalathrash, pihaknya turut merampas sebuah kereta yang digunakan dalam kejadian itu.

“Suspek direman selama tujuh hari sehingga Isnin ini untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Siasatan kes ini sudah lengkap dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  22  =  30