Rekod 113 kapal ditahan dalam Op Jangkar Haram

 Rekod 113 kapal ditahan dalam Op Jangkar Haram

JOHOR BAHRU – Sebanyak 113 kapal dagang ditahan dalam Ops Jangkar Haram pada tahun ini menjadikan jumlah tertinggi direkodkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Singapura menjadi negara paling tinggi dengan sebanyak 32 kapal dagang mereka ditahan kerana mencerobohi kawasan perairan negeri ini.

Nurul Hizam Zakaria

Ia diikuti kapal dagang dari Indonesia (12), Malaysia (11), Greece (8) dan Hong Kong (5).

“Ops Jangkar Haram yang dijalankan pada tahun ini mencatatkan jumlah tertinggi kapal dagang ditahan kerana tidak mematuhi peraturan serta undang-undang ketika berada di perairan negara.

“Kesalahan yang dilakukan antaranya berlabuh secara haram, tidak mempunyai insurans dan mẹmbuat pemindahan minyak.

“Penahanan kapal ini adalah satu kejayaan buat Maritim Negeri Johor yang menjadi bukti keberkesan dalam tindakan penguatkuasaan dijalankan,” katanya ketika ditemui selepas Op Redback Ke-16 di Ibu pejabat Maritim Johor, hari ini. 

Berdasarkan rekod, penahanan kapal pada tahun lalu mencatatkan sebanyak 36 buah, berbanding 42 kapal pada tahun sebelumnya, selain 55  pada 2018 dan 30 pada 2017. 

Nurul Hizam berkata, Maritim Johor akan meneruskan operasi berkenaan di kawasan perairan Johor Timur khususnya Tompok Utara supaya pengendali kapal dagang dapat mematuhi undang-undang ditetapkan.

“Kita tidak akan berhenti di sini, selain terus pergiatkan operasi bagi memastikan pengendali kapal dagang patuh undang-undang dan menghormati kedaulatan negara ini.

“Ini amaran buat mereka, kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mengambil mudah soal pematuhan peraturan yang digariskan termasuk mengelakkan kegiatan menyalahi undang-undang,”katanya.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

67  −  61  =