RCEP bantu usahawan tembusi pasaran

 RCEP bantu usahawan tembusi pasaran

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR, 24 Jan 2022 : Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang akan dikuatkuasakan pada 18 Mac ini, bakal membantu usahawan tempatan (SME) tembusi pasaran sehingga peringkat antarabangsa.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, langkah ini diambil berikutan kebolehdayaan pasaran tempatan terlalu kecil menyebabkan perkembangan ekonomi tidak aktif.

“Antara yang penting adalah akses pasaran yang lebih luas.

“Akses pasaran dalam negara terlalu kecil, kita ada setakat 32 juta rakyat, namun kalau kita anggotai RCEP dan sekarang kita telah pun meratifikasikan RCEP, ianya mewakili satu pertiga populasi dunia.

“Dan ia juga mewakili satu pertiga daripada GDP dunia.

“Ini sudah tentu memberi peluang kepada syarikat tempatan untuk tembusi pasaran baru dalam kalangan anggota RCEP,” katanya pada Majlis Perhimpunan Perdana MITI dan agensi di Dewan Perdana, MITI di sini hari ini.

Majlis Perhimpunan Perdana MITI dan agensi di Dewan Perdana, MITI

Beliau menambah, sebenarnya MITI sudah mengadakan ‘engagement’ sebelum meratifikasi RCEP supaya pemegang taruh dapat memahami obligasi negara terhadap RCEP.

“Kami sudah bincang dalam sesi membabitkan urus sebelum kami meratifikasi, seperti yang telah saya umumkan sebelum ini.

“Kami telah mengemukakan surat cara ratifikasi seperti yang telah saya umumkan sebelum ini.

Terdahulu, isu RCEP menimbulkan kebimbangan usahawan yang berpandangan perniagaan mereka tidak selamat jika ia dibuka kepada pihak antarabangsa.

Terdahulu Azmin mengetuai delegasi pada perundingan RCEP bersama-sama 14 negara peserta lain terdiri daripada negara anggota ASEAN dan lima rakan kongsi ASEAN FTA iaitu Jepun, Korea, China, Australia dan New Zealand.
Tahap perundingan semasa adalah tonggak penting ke arah jangkaan untuk menandatangani Perjanjian RCEP.

fhatihah Zakinan

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  7  =  1