• Friday, 18 June 2021, 2:17 am

Razrul Anwar bantu peniaga ditimpa musibah

 Razrul Anwar bantu peniaga ditimpa musibah

Razrul Anwar menyampaikan sumbangan kepada Zaliha bagi membaiki gerai dan membeli peralatan niaga di Kampung Dato’ Sulaiman Menteri, Johor Bahru, hari ini.

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 19 Mac — Musibah yang dialami seorang peniaga selepas gerainya musnah ditimpa dahan pokok ara di Kampung Dato’ Sulaiman Menteri, di sini ketika ribut semalam mendapat perhatian seorang pemimpin setempat.

Timbalan Ketua Bersatu Johor Bahru, Razrul Anwar Rusli hari ini menziarah dan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada mangsa, Zaliha Sno, 56.

Menurut beliau, sumbangan tersebut bagi membolehkan wanita berkenaan membeli kelengkapan berniaga yang baharu bagi menggantikan yang rosak dalam kejadian jam 4.30 petang itu.

“Diharapkan bantuan ini dapat membantu Zaliha yang terkesan akibat bencana alam itu selain kembali bersemangat untuk berniaga.

“Saya telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut petang semalam oleh Srikandi Muda Bersatu mengenai keadaan menimpa gerai Zaliha.

“Saya cuba menghubungi hotline Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) beberapa kali untuk mendapatkan bantuan memotong dahan yang jatuh itu, namun tiada kakitangan yang menjawabnya,” katanya ditemui selepas menyerahkan sumbangan itu.

Katanya, talian hotline MBJB sepatutnya perlu dijawab dan selepas gagal mendapat maklum balas, dahan itu kemudian dipotong oleh penduduk di kawasan tersebut.

Dahan terbabit jatuh akibat dipukul angin kencang selain pokok ara berkenaan dipercayai telah mati ekoran menjadi tempat pembakaran sampah dan Razul Anwar berharap MBJB akan memotong pokok itu.

Sementara itu, Zaliha berkata, ketika kejadian dia tidak berniaga seperti biasa dan insiden itu menyebabkannya kerugian barang niaga seperti meja jualan dan khemah rosak ditimpa dahan itu.

“Saya bersyukur menerima bantuan ini yang sedikit sebanyak ada wang untuk membeli barang baharu bagi menggantikan yang telah rosak,” katanya

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *