Ratu Elizabeth II dimasukkan ke hospital

 Ratu Elizabeth II dimasukkan ke hospital

KUALA LUMPUR, 22 Okt — Istana Buckingham mengesahkan Ratu Elizabeth II dimasukkan ke hospital pada Rabu bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Istana Buckingam itu turut menjelaskan beliau telah kembali ke Istana Windsor.

“Selepas dinasihatkan untuk berehat selama beberapa hari, Ratu Elizabeth II dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan pada petang Rabu.

“Beliau telah kembali ke Istana Windsor pada Khamis dan keadaannya stabil,” katanya.

Ratu Elizabeth II, 95, terpaksa membatalkan kunjungan ke Ireland Utara pada Rabu atas faktor kesihatan dan diarah untuk berehat.

Walau bagaimanapun, masalah kesihatannya itu tiada kaitan dengan virus COVID-19.

Sebelum itu Ratu Elizabeth II menerima kunjungan daripada beberapa ikon dalam dunia perniagaan seperti Bill Gates pada Selasa selepas Perdana Menteri Boris Johnson melancarkan persidangan pelaburan mesra alam sempena persidangan iklim COP26.

Ratu Elizabeth II bakal meraikan 70 tahun di atas takhta tahun depan.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *