Ratib nama PM8, Najib makin fobia – Dr Faiz

 Ratib nama PM8, Najib makin fobia – Dr Faiz

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Sejak dijatuhi hukuman bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap kesemua 7 pertuduhan melibatkan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM 42 juta milik SRC International Sdn Bhd, Najib Razak tidak lekang “meratib” nama Tan Sri Muhyiddin Yassin hingga ke hari ini.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Faiz Na’aman, tokoh banduan yang dianggap “kayangan” kerana masih dibenarkan merayau bebas sana sini ketika sedang dalam proses rayuan itu berhadapan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Faiz berkata, rakyat tidak lupa bahawa wakil rakyat Pekan itu sedang dituntut pembayaran tunggakan cukai RM1.69 bilion dan anaknya pula RM37.6 juta oleh LHDN melalui mahkamah.

“Najib boleh berikan 1001 alasan di media sosial kononnya beliau dianiaya namun hakikatnya sebagai Perdana Menteri ke-6 Malaysia ketika skandal antarabangsa melibatkan wang negara itu kecoh seluruh dunia, Najib adalah watak paling berkuasa untuk halang campurtangan broker seperti Jho Low dalam urusan bisnes pelaburan syarikat proksi kerajaan seperti 1MDB tersebut.

“Namun apa yang Najib telah buat selain memecat Tan Sri Muhyiddin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya dari UMNO hanya kerana orang nombor dua kerajaan Persekutuan ketika itu mempersoal asal kemasukan sejumlah besar dana berjumlah RM14.5 juta ke akaun peribadi Najib melalui AmBank.

“Mungkin bermula dari situ Najib cukup fobia dengan nama Muhyiddin lebih-lebih lagi apabila Abah makin mendapat kepercayaan rakyat,” katanya kepada Wacana.my.

Bukan itu saja katanya lagi, kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri ke-8 turut mewarisi jumlah keseluruhan hutang negara lebih dari RM1 trilion yang terhasil sejak dari kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu.

Maka sudah pasti ia turut memberi kesan terhadap pemulihan negara serta kesejahteraan rakyat marhaen, katanya lagi.

“Meratib nama dan cuba menyalahkan langkah-langkah mengekang penularan Covid-19 seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terpaksa diambil kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin lalu adalah sikap terdesak pihak yang pernah saya label sebagai “BINATANG POLITIK” kerana menangguk di air yang keruh ketika negara sedang terlibat dalam “perang global” menentang virus maut tersebut.

“Sikap munafik Najib makin terserlah apabila beliau sendiri pernah secara terbuka mencadangkan agar kerajaan PN melaksanakan PKP atau “lockdown” paling ketat seperti yang pernah dibuat ketika awal tahun 2020 di mana antara kesan besar langkah itu walaupun positif untuk mengawal penularan Covid-19 namun ia memberi impak drastik terhadap ekonomi rakyat. Oleh kerana itu ia tidak diulangi lagi agar wujud keseimbangan antara ekonomi dan kesihatan rakyat,” kata Faiz.

Faiz dengan tegas turut berkata, bekas Perdana Menteri itu tidak bodoh walaupun seringkali memberi jawapan tidak tahu ketika disoal dalam mahkamah.

“Agak mustahil seorang anak negarawan yang belajar tinggi di luar negara dan ada pengalaman pegang jawatan selaku MB Pahang paling muda dalam sejarah negara itu akhirnya boleh tertipu oleh tauke scammer seperti Jho Low yang bergambar dengannya sekeluarga atas kapal mewah,” katanya lagi.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  2  =  2