Rasuah: Timbalan Pengarah JPJ Perlis direman

 Rasuah: Timbalan Pengarah JPJ Perlis direman

KANGAR, 20 Mac – Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis direman selama dua hari  bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah dan melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Kamaliza Md Zain di Mahkamah Kangar hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis.

Menurut sumber timbalan pengarah dengan gred KP44 berusia 41 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Perlis pada jam 4.40 petang, semalam.

Suspek  merupakan individu kelima  didakwa terbabit menerima rasuah berjumlah RM88,000 daripada pengusaha lori melalui proksi atau orang tengah pada tahun 2018 dan 2019 di Perlis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  84  =  86