Rasuah: 2 pembantu penguatkuasa JPJ direman 3 hari

 Rasuah: 2 pembantu penguatkuasa JPJ direman 3 hari

KANGAR, 17 Mac — Dua pembantu penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah dan melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan.

Pendaftar Mahkamah Kangar Monica Joseph Gaisah mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis.

Menurut sumber kedua-dua suspek berusia 35 dan 36 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan mereka di pejabat SPRM Perlis pada kira-kira 5 petang, semalam.

Mereka didakwa menerima rasuah berjumlah RM88,000 daripada pemandu lori melalui proksi atau orang tengah pada tahun 2018 dan 2019.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Semalam dilaporkan 44 individu termasuk 32 anggota penguat kuasa JPJ ditahan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Melaka kerana disyaki terlibat dalam sindiket melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan seperti membawa muatan berlebihan.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

81  −    =  74