Rapatkan jurang pemain muda dengan Zii Jia

 Rapatkan jurang pemain muda dengan Zii Jia

Norza. FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 Okt — Barisan ‘ubi muda’ perseorangan lelaki negara akan diberikan peluang pendedahan secara berterusan supaya jurang prestasi yang ketara antara mereka dan juara All England 2021 Lee Zii Jia dapat dikurangkan.

Jaminan itu diberikan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria selepas melihat terdapat perkembangan positif ditunjukkan mereka yang diberi kepercayaan beraksi pada kempen Piala Thomas di Aarhus, Denmark baru-baru ini.

Beliau berkata Ng Tze Yong yang berusia 21 tahun dan Leong Jun Hao, 22, antara nama yang menonjol susulan persembahan ditampilkan mereka pada kejohanan berprestij itu yang menyaksikan Malaysia terkandas di peringkat suku akhir selepas tewas 0-3 kepada musuh tradisi Indonesia.

“Ada mengatakan kita mungkin tidak memberi pendedahan kepada Tze Yong dan Jun Hao. Saya nak bagi tahu Tze Yong dan Jun Hao telah membanggakan kita, mereka menunjukkan kemampuan mereka dan memang ya kita akan memberikan mereka peluang yang lebih.

“Mungkin kelemahan kita adalah balik-balik bercakap tentang Zii Jia, Aaron (Aaron Chia) dan Soh (Soh Wooi Yik). Kita harus merapatkan jurang antara pemain perseorangan lain iaitu Tze Yong, Jun Hao dan Aidil Sholeh (Aidil Sholeh Ali Sadikin) untuk kejar (rapatkan jurang prestasi dengan) Zii Jia,” katanya. – BERNAMA

Esme Johari Wahab

http://wacana.my

esme.johari@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *