Rangkaian internet lemah, ini semua poyo- Mas Ermieyati

 Rangkaian internet lemah, ini semua poyo- Mas Ermieyati

Calon Perikatan Nasional (PN) DUN Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Calon Perikatan Nasional (PN) DUN Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyindir perkhidmatan jalur lebar yang amat lemah dan sering terganggu sehingga menjejaskan perniagaan atas talian.

Beliau berkata demikian dalam ucapan secara virtual menggunakan platform Facebook sebentar tadi.

“Ini semua poyo, pergi sampai bawah pokok hendak cari line tetapi tak dapat.

“Jadi inilah hasrat PN jika diberi mandat untuk melipatkali gandakan perkhidmatan jalur lebar di seluruh kawasan.

“Saya mahu perkhidmatan internet ditambahbaik semaksima mungkin bagi membantu khususnya peniaga atau usahawan kecil,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh isu pendidikan di kalangan belia agar diperkasakan kerana ia asas kepada pembangunan modal insan dan aset kepada negara.

“Peratusan keluarga kurang kemampuan memiliki anak Sekolah Berasrama Penuh (SBP) meningkat daripada 14.5 ke 54.5 peratus, sejak pentadbiran PN.

“Berhadapan pandemik, anak-anak keciciran pelajaran tetapi kita atasinya dengan komitmen.

“Yang mana tiada duit untuk bayar yuran, untuk belajar saya akan beri bantuan kewangan secara terus.

“Kita tidak mahu dilihat rakyat sebagai pemimpin yang menidakkan potensi anak muda,” katanya

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

88  −  86  =