Rang Undang-undang Kewangan 2021 diluluskan dengan undi suara majoriti

 Rang Undang-undang Kewangan 2021 diluluskan dengan undi suara majoriti

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang Kewangan 2021 dengan undi suara majoriti pada Rabu. 

Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Mohd Shahar Abdullah ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu berkata kajian mengenai pengeluaran pengecualian cukai ke atas pendapatan sumber asing telah dibuat sejak dua tahun lalu.

Beliau berkata ia melibatkan penglibatan kementerian dengan pihak berkaitan termasuk penyediaan kertas konsep daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri yang mendapat pandangan menyeluruh daripada pelbagai pihak berkepentingan pada masa ini.

“Kementerian Kewangan (MoF) juga perlu mengambil kira penglibatan dan komitmen di peringkat antarabangsa seperti Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dan Kesatuan Eropah dalam menetapkan dasar percukaian semasa.

“MoF tetap terbuka untuk menerima semua pandangan termasuk menubuhkan pasukan petugas antara MOF, agensi pemungutan cukai dan pakar percukaian yang mewakili pelbagai industri untuk membincangkan mekanisme bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar pada Januari 2022.

 “Mof komited untuk memastikan pindaan akta itu tidak akan memberi kesan negatif kepada rakyat secara amnya melalui pelan pelaksanaan yang lebih telus di mana pendapatan tambahan ini boleh disalurkan kepada program pemulihan negara,” katanya.

Mohd Shahar berkata rang undang-undang itu mempunyai 67 bahagian yang dibahagikan kepada sembilan bab.

 Rang undang-undang itu antara lain menyatakan bahawa pengecualian cukai sehingga RM1,000 diberikan kepada individu yang mengambil ujian saringan COVID-19 termasuk untuk peribadi, pasangan atau anak.

 Ia terkandung di bawah pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967 dan pindaan itu turut merangkumi peruntukan perbelanjaan untuk pemeriksaan kesihatan mental atau konsultasi yang dilakukan oleh individu untuk diri sendiri, pasangan atau anak.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

80  −  73  =