• Sunday, 20 June 2021, 1:55 pm

Rancangan China menjadi gergasi bola sepak

 Rancangan China menjadi gergasi bola sepak

Visual stadium di Guangzhou bernilai US$1.7b

Oleh Iqhram Ahmad

 

BEIJING, 28 MeiChina merancang untuk menjadi negara gergasi bola sepak dengan pembinaan 16 hingga 18 ‘bandar’ bola sepak, selain memperkuat infrastruktur sukan itu di seluruh negara berkuatkuasa 2021 hingga 2025.

Menurut laporan yang diterbit Pentadbiran Umum Sukan China, bandar-bandar bola sepak itu harus mengandungi sekurang-kurangnya dua kelab profesional, dan sekumpulan pusat latihan tempatan serta sekurang-kurangnya satu padang bola untuk setiap 10,000 orang menjelang 2025.

Sementara itu dari segi kokurikulum, separuh daripada pelajar di bandar-bandar harus terlibat dalam sukan ini selain pembinaan satu pusat latihan remaja peringkat kebangsaan.

Selain itu, Pentadbiran Umum Sukan China dan Persatuan Bola Sepak China akan menyediakan 5 hingga 10 juta yuan (RM3.2 juta – RM6.49 juta) setiap tahun kepada bandar yang terlibat untuk menyokong pembangunan bola sepak.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan di setiap bandar harus melabur sekurang-kurangnya 30 juta yuan (RM19.4 juta) dalam pembangunan bola sepak setiap tahun jika ingin mengikuti program ini.

Laporan berkenaan turut mengatakan bahawa setiap bandar bola sepak akan diberi tugas untuk memperkuatkan persatuan bola sepak tempatan, mengoptimumkan struktur ekuiti kelab profesional, meningkatkan sistem liga dan persaingan, mengembangkan bola sepak akar umbi, membina kemudahan bola sepak dan memupuk budaya bola sepak.

Perkembangan bandar-bandar bola sepak ini akan memainkan peranan penting dalam objektif China untuk menjadi negara sukan yang kuat pada tahun 2035.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *