Ramai lelaki terkejut dan kecewa Hannah Delisha nikah

 Ramai lelaki terkejut dan kecewa Hannah Delisha nikah

Oleh Zuan Azmi

Sejak  jam 3.00petang petang semalam, satu muatnaik dari pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha di laman Instagram miliknya telah menggemparkan warganet.

Saat bahagia yang dikongsikan Hannah melalui akaun Instagram.

Dalam posting berkenaan Hannah telah berkongsi gambar majlis akad nikahnya dengan sorang lelaki pilihan hatinya, seorang pelakon Singapura bernama Iman Shah.

Hannah hanya meletakkan kasyen yang ringkas bertulis, “Akhirnya setelah lima tahun, Alhamdulillah, i love you @imamemy dengan kata pagar imampadahannah”.

Melalui kasyen tersebut jelas menunjukkan bahawa pasangan ini telahpun bercinta selama lima tahun dan tidak pernah mengumumkan secara rasmi hubungan mereka selama ini. Ternyata mereka berjaya menyorok percintaan dari dihidu orang ramai dan berjaya memberi fokus kepada kerjaya masing-masing.

Ramai rakan artis dan selebriti yang mengenali Hannah turut dilihat mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut. Manakala buat peminat Hannah sendiri ramai yang jelas terkejut dan seakan tidak percaya akan perkongsian berkenaan terutama kaum lelaki dan ianya boleh dilihat melalui tangkap layar yang Wacana.my kongsikan.

Tahniah dan selamat pengantin baru Hannah dan Imam.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1  +  9  =