• Sunday, 20 June 2021, 3:11 pm

#WAAW: Ramai juga yang menipu dan ambil hak orang – Dayana Roza

 #WAAW: Ramai juga yang menipu dan ambil hak orang – Dayana Roza

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Pelakon, Dayana Roza meluahkan rasa prihatin terhadap orang ramai yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP)dan meneruskan bantuan secara peribadi.

Dayana, 30 , yang kini hamil lima bulan bagaimanapun tidak dapat turun padang namun meminta pertolongan daripada pekerjanya untuk menjalankan tugas kebajikan itu.

“Sebelum ini saya ada membuat bantuan namun pendekatannya berbeza berbanding sebelum ini kerana keadaan saya kurang mengizinkan. Apatah lagi, saya risau akan kandungan yang baru berusia lima bulan.

Wajah terkini Dayana Roza yang kini mengandung lima bulan

“Tapi kita pilih siapa yang betul-betul memerlukan, kita tak tahu mungkin rakan-rakan kita mengalami masalah kewangan ke, kadang-kadang kita tak perasan kawan-kawan kita tengah susah.

“Masa dulu saya buat bantuan, saya baru tahu ada family sampai tujuh beranak beras pun takde, sampai tahap macam tu. Orang macam tu kita kena bantu la, dekat ke jauh ke kita kena ambil tahu… tak semestinya bila kita makan mewah, orang lain pun makan mewah,” kongsi Dayana.

Dayana Roza bersama suami

Oleh itu, Dayana berkata, dia mengutamakan golongan yang mempunya anak kecil terjejas punca pendapatan akibat kehilangan kerja atau gaji dipotong.

Ujarnya, dia memahami golongan ini lebih memerlukan kerana pembiayaan untuk membeli barangan keperluan bayi bukan murah.

“Ramai dm, tapi saya kena pilih sebab sebelum ini ramai menipu dan mengambil kesempatan, ada yang sudah dapat bantuan tapi masih juga nak ambil hak orang lain.

“Kali ini saya fokus kepada yang ada anak kecil sebab barang baby seperti pampers semua tu mahal,” katanya.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *