Ramai bankrap jika PKP

 Ramai bankrap jika PKP

Oleh Sang Ratu

KUALA LUMPUR, 7 Januari 2022 – Mengehadkan pergerakan rakyat iaitu dengan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) boleh menyebabkan ramai kembali berisiko bangkrap.

Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, ini kerana pertumbuhan ekonomi negara masih perlahan, malahan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lepas mungkin sekitar dua hingga tiga peratus sahaja sahaja.

Angka KDNK menunjukkan prestasi ekonomi negara untuk tempoh sesuatu suku atau tahun sebelumnya.

Pertumbuhan ekonomi yang konsisten penting untuk meningkatkan kadar upah dan kualiti hidup rakyat Malaysia.

“Bagaimanapun, rakyat ketika ini ibarat ditimpa kesusahan bertimpa-timpa, baharu sahaja hendak bernafas selepas dibenarkan menjalankan aktiviti tiga bulan lalu, ditambah pula bencana alam banjir dan tanah runtuh memang terkesan dari segi ekonomi.

“Ramai jatuh miskin atau miskin rentan iaitu kemiskinan secara tiba-tiba kerana pelbagai faktor, lebih membebankan, institusi perbankan tidak melanjutkan moratorium bagi meringankan beban bulanan pelanggan mereka.

“Saya melihat sebarang usaha untuk mengehadkan perjalanan merentas daerah atau negeri, malahan penutupan sektor-sektor ekonomi tertentu jika kes jangkitan varian Omicron meningkat dengan drastik, harus dilihat dari sudut kemampuan kerajaan terutamanya sektor kesihatan untuk menangani kes serius yang memerlukan rawatan rapi di ICU, rawatan ventilasi dan penggunaan katil hospital, katanya kepada Wacana.my.

Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi bayangan akan melaksanakan PKP semula jika berlaku peningkatan jangkitan (R0) Covid19 (Omicron) tidak dibendung.

Katanya, Malaysia boleh merekodkan 30,000 kes Covid-19 setiap hari menjelang akhir Mac dan mengatasi jumlah sehari tertinggi Malaysia iaitu 24,599 yang dicatatkan pada Ogos tahun lepas.

Lebih 30,000 syarikat ditutup sejak perlaksanaan PKP dalam tempoh setahun didedahkan mantan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada November 2020

Umum mengetahui berjuta rakyat hilang punca pendapatan sejak Mac 2020 iaitu ketika PKP fasa pertama dikuatkuasakan dengan larangan rentas daerah dan larangan rentas negeri.

Malah lebih teruk, selepas kerajaan benarkan rentas daerah dan negeri secara berperingkat pada awal September lalu, rakyat sudah berada di saat kritikal, sudah ramai miskin rentan iaitu tiba-tiba jatuh miskin kerana pelbagai faktor.

Mantan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada November 2020 mendedahkan 30,000 syarikat ditutup sejak perlaksanaan PKP dalam tempoh sembilan bulan ia dilaksanakan.

Statistik Jabatan Insolvensi Malaysia yang dibacakan Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob menunjukkan seramai 10,317 individu diisytihar muflis sepanjang PKP antara Mac 2020 hingga Julai 2020.

Dianggarkan 580,000 perniagaan yang mewakili 49 peratus daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana nyaris gulung tikar jika PKP diteruskan pada Oktober tahun lalu. Bagaimanapun , kerajaan menarik balik PKP pada September tahun lalu.

Banyak perniagaan ditutup.

Perniagaan mula dibenarkan beroperasi secara berperingkat dari Oktober hingga ketika ini dengan kata lain baru dua bulan bernafas, belum jana pendapatan, belum lepas hutang ditambah pula musibah lain iaitu banjir dan tanah runtuh.

Dua bencana ini dijadikan alasan berlaku kenaikan harga barang makanan sehingga menyebabkan kos sara hidup rakyat bertambah

Malah, tambah Razman, jika kadar jangkitan varian Omicron adalah tinggi, tetapi majoriti penduduk sudah menerima vaksin penggalak dan penggunaan kemudahan di hospital masih rendah, beliau lebih cenderung aktiviti ekonomi dan perjalanan penduduk dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Tun Puteh Wanti

sangratu@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

75  −    =  67