Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Rakyat teruja program vaksinasi semakin rancak

Penerima vaksin mengisi borang di Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pendidikan Tinggi (PPV IPT) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam, Shah Alam. WMY/SUPIAN AHMAD
SHAH ALAM, 7 Jun — Sejak program vaksinasi kebangsaan dilancarkan 25 Februari lalu rakyat mula mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19.
Hari ini program tersebut melakarkan satu lagi sejarah dengan pembukaan banyak lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berskala mega.
Antaranya ialah PPV Hospital UiTM (HUiTM) yang terletak di Kampus Universiti Teknologi Mara, Puncak Alam disini yang mula beroperasi hari ini.
Mensasarkan lebih 5,000 penerima vaksin setiap hari, PPV HUiTM disokong oleh lebih 200 petugas kesihatan dan sukarelawan UiTM.

Antara yang terawal menerima vaksin disini ialah penduduk tempatan Shamsul Zahari, 57.
Bekerja didalam industri berkeperluan khas, Shamsul berkata beliau teruja apabila mendapat tarikh temujanji suntikan vaksinnya pada Jumaat lepas.
“Saya daftar diri dan keluarga seawal Februari lalu dan apabila mendapat panggilan untuk temujanji, saya berasa lega dan teruja untuk mendapatkan vaksin COVID-19,” katanya ketika ditemui PPV HUiTM disini.
Menurut Shamsul, anak keduanya telah berjaya mendapatkan vaksin di PPV WTCKL beberapa minggu lalu.
” Isteri saya juga akan mendapatkan vaksin disini minggu ini, temujanjinya lagi dua hari,” katanya.
Shamsul menyeru supaya semua rakyat Malaysia untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin.
“Sama-sama kita berusaha melindungi negara kita, lindungi diri dan keluarga dari wabak COVID-19,” katanya.
Tambah Shamsul, ‘lockdown’ ini amat memenatkan memberi kesan kepada mental dan ekonomi semua pihak.