Rakyat tanam padi atas jalan rosak tanda protes

 Rakyat tanam padi atas jalan rosak tanda protes

SUMBEREJO: Penduduk kampung di kawasan Dusun Sumberejo, Desa Glundengan, daerah Wuluhan, Indonesia telah mengadakan tindakan protes dengan menanam padi di jalan raya utama kawasan berkenaan.

Difahamkan, penduduk berkenaan mengambil tindakan drastik tersebut kerana sudah muak menunggu keputusan pihak berkuasa yang terlalu lama untuk membaiki jalan raya rosak di kawasan mereka.

Penduduk ketika menanam padi di tengah jalan raya.

Video tindakan penduduk tersebut menanam padi itu lantas menjadi tular selepas ia dikongsikan di media sosial.

Dalam video itu, dapat dilihat terdapat beberapa orang yang sedang tekun menanam padi, sementara beberapa orang yang lain dilihat sedang berdiri menyaksikan tindakan protes tersebut.

Ada juga yang dilihat turut menanam pokok pisang pada jalan itu. Perakam video berkenaan sempat meminta pandangan daripada pemandu kenderaan yang menggunakan jalan tersebut.

Beberapa pengguna jalan raya memberikan pandangan yang menyokong tindakan penduduk menanam padi tersebut.

Difahamkan, penduduk berkenaan mengambil tindakan tersebut kerana geram tiada tindakan susulan diambil meskipun mereka sering membayar cukai. Justeru itu, mereka menuntut agar jalan tersebut segera diperbaiki.

Ketua Polis Wuluhan AKP Solekhan Arif mengesahkan tindakan protes yang dilakukan penduduk tersebut. Menurutnya, penduduk itu melakukan tindakan tersebut bagi menuntut supaya jalan berkenaan dibaik pulih dengan segera.

“Ianya dilakukan sebagai bentuk protes daripada penduduk akibat jalan itu rosak teruk,” kata Arif.

Bagaimanapun, sambung Arif, pihaknya telah menasihatkan kepada penduduk supaya tidak mengambil tindakan yang boleh mengganggu keselamatan dan keselesaan penduduk lain. Ianya kerana, hampir separuh jalan itu ditanam dengan padi.

“Alhamdulillah, setelah kami memberikan nasihat, akhirnya penduduk itu membersihkan tanaman padi yang ditanam di atas jalan tersebut,” ujar Arif

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

95  −  91  =