Rakyat perlu beri peluang Azam bela diri

 Rakyat perlu beri peluang Azam bela diri

PETALING JAYA: “Kita tidak boleh membuat andaian sendiri dan meletakkan Azam Baki seolah-olah telah didapati bersalah,” itulah ujar Perdana Menteri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila mengulas lanjut mengenai kontroversi dakwaan yang mengatakan beliau memiliki saham dengan jumlah yang melampau.

Melihat kes tersebut, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menubuhkan satu badan bebas untuk menyiasat kes berkaitan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Sumber Suara Merdeka

Ini kerana sistem yang ada sudah cukup memadai bagi menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan dan biarlah siasatan dilakukan terlebih dahulu.

Memetik sumber Utusan Malaysia, menurut Ismail Sabri, sebagai suruhanjaya bebas, SPRM mempunyai tatacara tersendiri untuk mengendalikan kes berkenaan menerusi siasatan dalaman iaitu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR)

“Malah, Suruhanjaya Sekutiri Malaysia (SC) juga sedang menjalankan siasatan jadi, tunggu keputusan yang dibuat. Kalau ada siasatan lain oleh polis dan sebagainya, kita tunggu siasatan (selesai).

Tambahnya lagi, Itu tidak wajar sebab semua orang berhak menbela diri masing-masing semasa siasatan dijalankan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan.

Selain itu, Ismail Sabri turut menepis andaian seolah-olah kerajaan berdiam diri dan tidak mengambil tindakan terhadap kes membabitkan Ketua Pesuruhjaya SPRM tersebut. Itu salah kerana tindakan telah dilakukan.

SPRM ditubuhkan bagi menggantikan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) yang dahulu diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri kerana tidak mahu kerajaan terutama Perdana Menteri campur tangan secara langsung.

Difahamkan juga, buat masa ini tiada keperluan untuk Azam Baki direhatkan kerana siasatan belum membuktikan dia bersalah.

Terdahulu, Azam dilanda kontroversi berhubung dakwaan pemilikan saham di dua syarikat pada 2015. Berdasarkan laporan tahunan Excel Force Bhd 2015, beliau memiliki 2,156,000 waran dalam syarikat itu setakat 21 Mac 2016 ketika menjadi Pengarah Bahagian Siasatan SPRM

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  8