Rakyat Melaka perlu jauhi pemimpin fitnah

 Rakyat Melaka perlu jauhi pemimpin fitnah

Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Dengar cakap enggang ,makan buah beluluk,dengar cakap orang,terjun masuk lubuk, pepatah lama ini boleh dikait dengan runtuhnya empayar Kesultanan Melaka yang satu ketika dulu gah sebagai mercu tanda perdagangan antarabangsa kurun ke 13.

Semua itu berpunca daripada fitnah dan hasutan serta maklumat salah disampaikan kepada pemimpin dan rakyat.

Kecelaruan maklumat menimbulkan porak peranda dan kebimbangan rakyat
terhadap kemampuan pemimpin melindungi mereka dan masa hadapan kaum mereka.

Sebagaimana berlaku pada 12 Oktober lalu, tular satu klip audio yang didakwa mirip suara bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalami klip audio tersebut, dua suara yang didakwa milik kedua-dua pemimpin itu antara lain mengulas tindakan bekas ADUN Sungai Udang itu menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Suara yang didakwa mirip Idris itu turut memaklumkan bahawa sebuah parti pembangkang bersetuju agar beliau menjadi Ketua Menteri selepas mempunyai majoriti sokongan bekas ADUN.

Bagaimanapun kedua-dua pemimpin itu menafikan rakaman perbualan berkenaan dan mendakwa ia adalah fitnah pihak tertentu.

Begitu juga yang berlaku pada tahun 2015 yang menimbulkan keresahan rakyat apabila Ketua Polis Negara ketika itu menyebut ada pemimpin parti politik bersubahat dengan anak Kiram.

Segala cacian dilemparkan kepada Nurul Izzah bagaimanapun selepas tiga tahun, Nurul Izzah menang kes.

Moralnya sudah tentu maklumat tidak benar memangsakan ketua polis negara dan pemimpin politik yang mengulangi ayat ketua keselamatan negara ketika itu.

Cuba fikirkan bagaimana PDRM yang memiliki Cawangan Khas terhebat di dunia ketika tidak dapat menyalurkan maklumat yang tepat sehingga menyebabkan KPN mengumumkan laporan yang selepas itu dibuktikan adalah fitnah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Ismail dan Khalid masing-masing membayar RM600,000 dan RM400,000 kepada Ahli Parlimen itu.


Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Faizah Jamaluddin turut mengarahkan mereka membayar kos berjumlah RM80,000, dan membenarkan injunksi melarang mereka mengulangi perkataan fitnah dalam mana-mana penerbitan atau penyiaran.

Nurul Izzah bernasib baik kerana beliau ada kemampuan kewangan untuk memfailkan saman dan diwakili barisan peguam yang hebat.

Betapa mudahnya sesuatu fitnah itu berlaku tetapi betapa sukarnya pembuat fitnah dan penyebarnya didakwa sebagaimana kata pepatah ayam terlepas tangan tetap berbau tahi.

Kesimpulannya, budaya fitnah ini berleluasa kerana penabur fitnah selalunya sukar ditangkap dan tidak pernah ditangkap, tetapi kerosakan yang telah dilakukan adalah besar dan kekecohan itu dapat dimanfaatkan sementara waktu kerana kebenaran selalunya lambat.

Dan pihak penabur fitnah ini tahu benih-benih kepalsuan yang telah mereka tanam akan tetap memberikan kesan kejayaan agenda mereka.

Jadi sempena demam Pilihan Raya Negeri Melaka ini seluruh rakyat Melaka dinasihat aupaya berhati-hati jangan mendengar, menerima fitnah sebagai kebenaran dan sebagaimana dinyatakan dalam Quran, jangan hampiri bercampur gaul hinggakan kalau mereka mati pun tidak boleh diziarahi atau didoakan. Inikan pula hendak mengu di melantik mereka sebagai pemimpin dan wakil rakyat mereka.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

14  −  6  =