Rakyat didoktrin maklumat salah, huru hara bukti hasutan

 Rakyat didoktrin maklumat salah, huru hara bukti hasutan

KUALA LUMPUR, 22 Jan 2022 -Tanpa rakyat sedar mereka sedang didokrin dan dijadikan alat propaganda ‘tangan ghaib’ yang sudah berjaya menjatuhkan mana-mana pemimpin sebelum ini melalui modus operandi sama.

Bezanya mangsa yang sedang dijatuhkan kali ini adalah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Individu ini bukanlah ahli politik sebagaimana lantikan Ketua Pesuruhjaya era Pakatan Harapan sebelum ini, beliau hanya mengepalai institusi yang mengheret pelaku rasuah ke muka pengadilan.

Hipotesis di sebalik usaha menjatuhkan Azam ini adalah bagi melemahkan badan penguatkuasaan sekaligus pentadbiran kerajaan dibawah Datuk Seri Ismail Sabri, selain mengalih perhatian terhadap kertas-kertas siasatan rasuah berprofil tinggi yang sedang berjalan di mahkamah.

Poster yang disiarkan thechulan.blogspot

Antara pendedahan mengejut dilaporkan media adalah saksi utama kes Lim Guan Eng memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu meminta 10 peratus daripada keuntungan pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di negeri itu.

Imbas kembali kes itu, ahli perniagaan, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli sebagai saksi pendakwaan ke-23, dipetik berkata wang rasuah berjumlah 10 peratus itu adalah daripada keuntungan yang perlu diberikan kepada Guan Eng apabila syarikatnya dianugerahkan projek berkenaan.

Berbalik kepada isu Azam, ‘perang saraf’ yang sedang berlaku ketika ini amat berbahaya malah rakyat yang tidak faham isu turut menerima maklumat salah, ‘termakan hasutan dan fitnah’ turun ke jalanan mendesak kerajaan untuk mengikut kehendak mereka.

Isunya kehendak siapa? Tentulah kehendak pihak yang mendapat banyak keuntungan daripada apa yang sedang berlaku ketika ini.

Pakar kriminologi dari Nottingham Trent University, Dr Kassim Nor Mohamed ketika dihubungi Wacana.my berpandangan rakyat perlu memberi ruang Azam mendedahkan segala bukti yang ada padanya di mahkamah, penentuan dirinya adalah di mahkamah bukan di jalanan.

Dr Kassim Nor Mohamed

“Saya memberi pendapat secara fakta dan bukti sedia ada, bukan berpaksi kepada mana-mana pihak.

“Azam sudah failkan saman fitnah terhadap Lalitha, yang saya yakin beliau mempunyai bukti yang kukuh untuk membela dirinya, untuk membuktikan bahawa beliau sudah difitnah.

“Kes itu akan berjalan pada Februari ini, jadi kenapa ada usaha bersungguh-sungguh menjatuhkannya sebelum perbicaraan di mahkamah?,” katanya.

Beliau menambah, Suruhanjaya Sekuriti di bawah lantikan oleh Yang di-Pertuan Agong telah menjalankan siasatan mengikut amanah diberikan terhadap isu Azam dan mendapati tiada perlanggaran.

“Siasatan dijalankan atas kehendak ‘pihak berkepentingan’ sebelum ini, namun apabila keputusan diumumkan, pihak itu menolak kerana tidak menepati jawapan yang mereka mahu. Di mana keadilannya?

“Hakikatnya, beban pembuktian adalah terhadap yang menuduhnya.

“Apakah bukti yang sudah dikemukakan pihak menuduhnya terima duit rasuah, adik Azam pula ditohmah seolah miskin tiada pendapatan?

“Jangan main tuduh sahaja, tunjuk bukti kerana jika tiada bukti sudah jatuh kepada fitnah dan hasutan sahaja,” katanya.

Difahamkan, adik kepada Azam seorang ahli korporat yang sudah lama berkecimpung dalam perniagaan, dan menggunakan akaun Azam untuk memberi saham.

Bagaimanapun, Dr Kassim berkata, ada pihak cuba mendoktrinkan pemikiran rakyat bahawa dengan menghukum Azam sebelum waktunya boleh selesaikan segala isu rasuah negara, sedangkan isu rasuah mereka yang sedang berjalan di mahkamah ‘tidak dibawa ke jalanan’?

“Hasil pemerhatian saya, seolah-olah ada gerakan melancarkan serangan dan cuba mencemarkan integriti institusi-institusi penguatkuasaan, undang-undang bermula daripada serangan terhadap SPRM dan berubah kepada Suruhanjaya Sekuriti and seterusnya kepada PDRM sekiranya mana-mana siasatan tidak berpihak kepada mereka.

“Perkembangan ini amat membimbangkan dan secara langsung memudarkan kepercayaan terhadap institusi-institusi tersebut dengan menanam persepsi negatif di dalam pemikiran rakyat,” katanya.

Sementara itu, 8 Januari 2022, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafr dipetik FMT berkata, saham dimiliki Azam bukan seperti yang diviralkan, dibeli pada 2016 berharga RM300,000 bagi sejuta saham atau kira-kira 30 sen hingga 33 sen sesaham dan saiz dipegangnya sudah terkumpul sejak bertahun-tahun.

Berdasarkan harga awal, ia bukan saham yang mahal untuk diperoleh, bagi peniaga pasaran saham yang aktif ini perkara biasa untuk meningkatkan pegangan saham secara beransur-ansur dari semasa ke semasa.

Malah ketika itu juga tiada undang-undang atau peraturan yang menghalang mana-mana penjawat awam daripada memperoleh saham dalam syarikat senaraian awam.

Bawah Akta Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, kakitangan kerajaan hanya dilarang berdagang dalam pasaran niaga hadapan di dalam dan luar negara, sementara mereka yang memiliki saham dalam syarikat senaraian awam dikehendaki mengisytiharkannya sebagai aset,

Tun Puteh Wanti

sangratu@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

71  −    =  64