‘Raja’ salahlaku Melaka cuba ganggu, PN tak perlu bergelumang dengan BN Melaka – Ashraf Mustaqim

 ‘Raja’ salahlaku Melaka cuba ganggu, PN tak perlu bergelumang dengan BN Melaka  – Ashraf Mustaqim

Mohd Ashraf Mustaqim, Ketua Penerangan Armada Nasional

KUALA LUMPUR, 22 Nov — Perikatan Nasional tidak wajar “bergelumang” dengan kerajaan Barisan Nasional di negeri Melaka demikian kata Ketua Penerangan Armada Nasional, Mohd Ashraf Mustaqim.

Menurut Ashraf, saranan itu dibuat setelah mendapati “Keluarga Umno” jelas telah mempandir-kadukkan sistem dengan mula menunjukkan taring campur tangan dan kekuasaan apabila sedikit demi sedikit menormalisasikan kembali perihal salah laku dan perbuatan songsang dalam pentadbiran.

“Ibarat kaduk naik junjung, kegilaan puak ini akan kekuasaan jelas terpancar sehingga bukan sekadar DUN Melaka terbubar hanya disebabkan perlawanan kuasa sesama sendiri (UMNO).

“Saat sudah menang pun masih ada cubaan untuk alih keputusan awal menamakan calon Ketua Menteri sehingga rencana mengangkat sumpah yang sepatutnya berjalan pada siang hari Aahad telah diawalkan jam 1.00 pagi,” ujarnya.

Ashraf berkata ini kerana ada cubaan ‘Raja’ salah laku Melaka untuk mengganggu apa yang diputuskan.

Malah Ashraf berkata mengenang segenap perbuatan terkutuk UMNO-BN ini, ditambah keputusan PRN Melaka ini tidaklah punya implikasi yang besar yang mampu membawa mudarat kepada masyarakat Malaysia yang teramai maka wajarlah Perikatan Nasional tidak terlibat dengan sebarang kerjasama dengan Umno-BN.

“Selagi mana UMNO-BN tidak berubah, dan masih ditunjangi kepimpinan dalam kelompok Perompak, Penyamun dan Pesalah Mahkamah, sebegitu tidak terhegeh-hegeh melibatkan diri dalam pentadbiran kerajaan negeri Melaka agar pengharapannya kelak, kesan dari situasi yang terjadi ini dapat kembali memulihkan imej PN di mata rakyat.

“Apa yang penting sekarang adalah imej PN wajar kembali dipulihkan, jentera yang berkhidmat di bawah dan seluruh akar umbi perlu diperkasakan selain latihan perlu diberikan secukupnya.

“Kesetiaan kepada parti dan perjuangan perlu dipulihkan semangat kesedarannya, jati diri kesedaran bahawa perjuangan adalah semata demi masyarakat dan negara dan bukan demi kedudukan semata-mata,” ujarnya dalam satu kenyataan menerusi Facebook pada Ahad.

Dalam pada itu Ashraf turut berkata semangat kesedaran tersebut bukan sekadar kepada ahli Bersatu dan PN, malah lebih penting di kalangan pemimpin juga perlu dijadikan sebagai penawar dan iktibar demi kemenangan untuk berbakti kepada rakyat kelak.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *