Raja Muda Perlis sampai sumbangan kepada mangsa ribut

 Raja Muda Perlis sampai sumbangan kepada mangsa ribut

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

KANGAR, 6 Mei — Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan sumbangan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada mangsa ribut di sekitar kariah Masjid Putra Simpang Empat, Arau semalam.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah meminta orang ramai agar bersikapĀ cakna dan prihatin bagi membolehkan mereka sentiasa bersedia untuk bertindak, jika berdepan dengan sebarang kejadian bencana.

ā€œSikapĀ ‘sense of urgency’Ā (sikap kesegeraan) dan mentaliti ā€˜ambil tahuā€™ ini akan membolehkan seseorang itu bertindak lebih awal sebagai persediaan untuk meminimumkan risiko sebelum berlakunya sebarang bentuk bencana terhadap diri dan ahli keluarga,ā€ titah bagindaĀ dalam kenyataan yang dikeluarkan MAIPsĀ di sini,Ā hari ini.

DalamĀ kejadian ribut di beberapa kawasan sekitarĀ Perlis khususnya,Ā diĀ Sanglang dan Simpang EmpatĀ yang berlaku antara 7.30 hingga 8.00 malam Isnin (4 Mei) lepas, telah mengakibatkan kira-kira 40 rumah rosakĀ dengan bahagian bumbung dan dindingĀ rumah berkenaan diterbangkan angin kuat.

Antara keluarga mangsa yang disantuni baginda dan menerima bantuan berkenaan ialah penjual kuih tradisional,Ā Junaidah Ya yang menerima sumbangan sebanyak RM700, tukang rumah dan petani Mohd Solleh Hamid (RM8,000) dan pekerja pendawaian elektrik Zairul Azhar Ahmad Rodhi (RM4,500).

Selain bantuanĀ wang tunai, mangsa juga menerima sumbangan berupa beras, kit MAIPs Peduli berserta beberapa kotak berisi makanan mentah,Ā hasil sumbangan pelbagai rakan strategik MAIPs.

Sementara itu,Ā Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis Ruhisha Haris yang turutĀ mengiringi baginda pada majlis berkenaan mengingatkan orang ramai agar bersedia dengan sebarang kemungkinan memandangkan sambutan AidilfitriĀ kali ini, jatuh pada musim peralihanĀ monsunĀ Timur Laut ke monsunĀ BaratĀ Daya.

ā€œKeadaan ini dijangka boleh mengancam keselamatan masyarakat kerana pada musim ini ada kemungkinan berlaku hujan, ribut petir dan Ā angin kencang yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dan mampu mengancam nyawa serta memusnahkan harta benda,ā€ menurut kenyataan MAIPsĀ itu.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa pekaĀ dengan perkara yang sedang berlaku di sekeliling mereka sebagai langkah berhati-hati.

 

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

23  −    =  16