Rais Yatim, Azhar Azizan Harun menghadap YDPA

 Rais Yatim, Azhar Azizan Harun menghadap YDPA

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun serta Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah di Istana Negara, pagi ini. Foto FB Istana Negara

KUALA LUMPUR, 29 Jun — Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun serta Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah di Istana Negara, pagi ini.

Menurut kenyataan rasmi Istana Negara, susulan sesi menghadap itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan segera dengan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 seperti yang ditetapkan.

Pandangan itu dibuat agar Proklamisasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat yang dikeluarkan dapat dibahas di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Parlimen Ke-14 turut dinasihatkan supaya meneruskan sesi mesyuarat untuk menjamin mekanisme semak dan imbang,

Menurut kenyataan rasmi itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa ianya bagi menjamin tadbir urus yang telus, berintegriti serta bertanggungjawab khususnya dalam menangani isu-isu dasar awam serta hal ehwal negara.

Turut hadir pada sesi menghadap itu adalah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon serta Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mohamad Ali Mohamad.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

97  −  90  =