Rahsia misteri buat makanan jadi lebih sedap?

 Rahsia misteri buat makanan jadi lebih sedap?

PETALING JAYA: Bagi yang mempunyai hobi memasak atau suka memasak, ada sedikit tip untuk anda agar jadikan masakan lebih mantap dan sedap dalam setiap hidangan.

Mungkin ramai yang terlepas pandang mahupun menganggap ia perkara remeh, namun sekiranya mengikut kaedah yang betul, nescaya masakan anda akan jadi jauh lebih sedap daripada biasa.

Gambar sekadar hiasan

Wacana.my ingin kongsikan beberapa rahsia dan tip dalam masakan khusus buat yang gemar memasak.

Timun.

Masukkan timun jika masakan asam pedas atau masak lemak anda terlalu pedas. Kerana timun dapat mengurangkan rasa pedas.

Garam.

Jangan letakkan garam ketika memasak daging dan ayam jika belum betul-betul empuk. Ini bagi mengelakkan daging menjadi liat dan lambat empuk akibat tindak balas garam jika diletakkan terlalu awal di dalam masakan.

Santan.

Elakkan menggunakan api yang terlalu kuat ketika memasak menggunakan santan. Ini kerana ramai yang percaya menggunakan api dengan kuat dapat mempercepatkan proses santan pecah minyak, gunakan api dengan perlahan atau sederhana.

Gula merah.

Gula merah bukan sahaja memberikan rasa manis dalam masakan malah membuatkan sambal anda menjadi lebih sedap dan menarik. Gula merah juga berfungsi mengelakkan orang sakit perut memakan sambal walaupun pedas.

Buah keras.

Buah keras berfungsi memekatkan masakan dan memberi aroma yang sedap serta menyelerakan dalam masakan.

Jangan masukkan buah keras yang berlebihan kerana mampu membuatkan orang sakit perut ketika menjamah masakan anda. Sukatan paling baik adalah sebiji buah keras untuk seekor ayam. Contohnya seperti masakan berkuah seperti kari, kurma dan masak merah.

Asam gelugor.

Masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam kuali ketika menggoreng ikan. Ikan tidak akan melekat di kuali dan lebih mudah diangkat.

Bawang putih.

Ambil dan masukkan bawang putih ke dalam tempat simpanan beras. Boleh juga dimasukkan ketika memasak nasi. Ini akan membuatkan beras tahan lebih lama dan beras atau nasi berbau wangi.

Tebu.

Potong tebu kecil-kecil dan masukkan ke dalam air rebusan sup tulang diikuti dengan bahan rempah sup. Sup tulang akan lebih kaw dan bertambah sedap.

Limau kasturi.

 Rendam ikan dengan air asam jawa. Kemudian potong limau kasturi dan gaul bersama ikan beserta air asam jawa. Biarkan seketika dan bau hanyir ikan akan hilang.

Air kelapa.

Masukkan air kelapa ke dalam kelapa parut dan biarkan seketika. Kemudian barulah diperah kelapa tersebut ke dalam masakan. Ini akan membuatkan masak lemak lebih sedap dan terasa kelainannya

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

83  −  77  =