Rafiq Naizamohideen letak jawatan Pengerusi PN, Ketua Bersatu Melaka

 Rafiq Naizamohideen letak jawatan Pengerusi PN, Ketua Bersatu Melaka

Datuk Wira Rafiq Naizamohideen

MELAKA, 26 Nov — Datuk Wira Rafiq Naizamohideen hari ini mengumumkan perletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Melaka dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka berkuatkuasa serta merta.

Menurut Rafiq, peletakan jawatan ini bagi memberi peluang kepada kepimpinan baru untuk mengetuai BERSATU Melaka dan PN Melaka supaya mempunyai masa yang mencukupi bagi membuat segala persiapan bagi menghadapi PRU-15.

“Perletakan jawatan ini juga bagi membolehkan segala fokus dapat saya berikan untuk memperkukuhkan kedudukan dan sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional Parlimen Tangga Batu & BERSATU Bahagian Tangga Batu serta memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawab saya sebagai Naib Presiden BERSATU menjelang PRU-15.

“Saya ingin memohon jutaan kemaafan atas segala kekhilafan sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Pengerusi PN Melaka & Ketua Badan Pimpinan BERSATU Melaka,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan berkenaan juga, Rafiq akan menyerahkan surat rasmi peletakan jawatan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, selalu Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional esok.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *