• Thursday, 17 June 2021, 12:36 pm

Qatar buka pintu sempadan kepada rakyat negara Teluk lengkap terima vaksin

 Qatar buka pintu sempadan kepada rakyat negara Teluk lengkap terima vaksin

DOHA, 1 JunĀ  — Qatar membuka pintu sempadannya kepada warga Bahrain, Kuwait, Oman, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu yang sudah menerima kedua-dua dos vaksin COVID-19, lapor Sputnik.

“Qatar menutup sempadannya kepada pelancong asing pada Mac 2020. Tetapi pada bulan ini akan buka semula sempadan kepada pengunjung dari wilayah Majlis Kerjasama Teluk yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin,” kata ketua Majlis Pelancongan Qatar (QNTC) Berthold Trenkel.

Beliau berkata pasukan petugas khas sedang mempertimbangkan “pelbagai faktor” yang memungkinkan pembukaan semula sempadan Qatar kepada lebih banyak lagi negara.

Mengulas mengenai pelancong Rusia, beliau berkata prasyarat ditetapkan ialah pelawat dari negara itu perlu mempunyai sijil perakuan vaksinasi dan status COVID-19 yang diakui di peringkat global.

“Dengan pelancaran IATA Travel Pass di seluruh dunia dan vaksin Sputnik V tersenarai dalam senarai vaksin diluluskan WHO, kami harap dapat menyambut kedatangan pelancong Rusia ke Qatar,” katanya.

Menurut Trenkel, Qatar telah melaksanakan pelbagai lagkah keselamatan untuk memastikan pelancong dan penduduk dilindungi daripada COVID-19.

Setahun lalu, kementerian kesihatan melancarkan program Qatar Clean, menyaksikan hotel dan restoran diperiksa secara berkala untuk memastikan standard kebersihan berada pada tahap yang terbaik.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *