Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Qabil Ambak lakar sejarah atlet ekuestrian pertama Malaysia layak ke Olimpik

KUALA LUMPUR, 3 Jun — Mohd Qabil Ambak Muhamad Fathil melakar sejarah baharu apabila tampil sebagai atlet ekuestrian Malaysia yang pertama bertanding di Sukan Olimpik.
Presiden Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) Syed Omar Syed Abu Bakar AlMohdzar mengucapkan tahniah kepada atlet berusia 41 tahun itu melalui hantaran di laman Facebook persatuan tersebut kerana terpilih bagi mewakili negara dalam acara dressage.
āIni bukan sahaja satu pencapaian penting dalam sukan nasional tetapi juga negara kita kerana ini adalah kali pertama Malaysia diwakili dalam acara ekuestrian pada temasya Sukan Olimpik. Olimpik memberikan kesempatanĀ untuk kita bersatu dalam pelbagai cara terutama ketika berdepan cabaran global susulan pandemik COVID-19.ā
āSebagai sebahagian daripada skuad OlimpikĀ Malaysia,Ā Qabil Ambak adalah suri teladan bagi sukan ekuestrian dan semua rakyat Malaysia. Kami mengucapkan selamat berjaya kepadanya dan tidak sabarĀ untuk memberikan sokongan padu kepada beliau,ā katanya.
Qabil, dari Kuala Lumpur, juga pernah tampil sebagai atlet pertama Malaysia yang berentap di Pertandingan Akhir Piala Dunia padaĀ 2003 selain menggondol pingat dalamĀ pelbagai kejohanan peringkat Asia dan Sukan SEA, termasuk perak dalam acara dressage individu pada Sukan Asia 2018.
Sukan Olimpik Tokyo dijadualkan bermula pada 23 Julai.