Putus…Nabila Razali padam gambar di Instagram

 Putus…Nabila Razali padam gambar di Instagram


PETALING JAYA : Penyanyi, Nabila Razali menggunakan pendekatan berbeza untuk melancarkan single terbarunya yang berjudul Putus. 

Lazimnya, Nabila sering tampil dengan gimik berbeza setiap kali hendak melancarkan single terbaru.

Menurut Nabila atau pemilik nama penuh Nur Nabila Mohd Razali, single kali ini ikhlas dan tulus daripada hati khas buat peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seninya.

“Maaf, tiada gimik untuk lagu baharu kali ini. Yang ada hanyalah karya yang tulus dan jujur dari hati,” ujarnya ringkas.

Pelatun lagu Pencuri Hati itu memuat naik paparan sempena single terbarunya di Instagram pada Jumaat.

Biarpun tiada gimik yang dilakukan kali ini, namun Nabila mengemas kini akaun Instagram dengan memadam 1,000 foto dengan hanya memuat naik foto promosi untuk lagu terbabit. 

Lirik video rasmi Putus akan dilancarkan pukul 9 malam, Jumaat di YouTube Nabila Razali Entertainment sempena hari jadinya ke-29 pada Sabtu.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

2  +  4  =