Putrajaya bersih dan unik jadi tarikan pelancong

 Putrajaya bersih dan unik jadi tarikan pelancong

Putrajaya – Bersih, kemas dan unik antara elemen yang menjadi tarikan pelancong domestic dan luar Negara ke Putrajaya.


Bagi generasi TikTok, Putrajaya lokasi wajib kunjungi kerana memiliki banyak ruang cantik yang boleh menjadi latar kepada rakaman-rakaman video social mereka.

Sightseeing cruise, Taman Tasik Putrajya


Persekitaran yang bersih dan cantik menjadikan tempat tersebut, sebuah tempat yang sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti rekreasi air, berbasikal, glamping, memancing, joging, berkelah.


Selain dari keunikan tempat rekreasi di Putrajaya. Pengunjung juga boleh berbelanja serta mendapatkan barangan Keperluan Basah Harian di Pasar Awam Presint 8 dalam suasana baru yang lebih kemas, bersih dan selesa.
Wacana.my membuat tinjauan di sekitar kawasan rekreasi Putrajaya serta Pasar Awam Presint 8 mendapati orang ramai gemar berekreasi.

Antara destinasi menarik untuk dikunjungi


Nazreen, 32 pengunjung berkata, mereka sekeluarga memang memilih Putrajaya sebagai tempat beraktiviti hujung minggu.
“Kami sekeluarga memang akan memilih Putrajaya sebagai tempat untuk kami buat aktiviti hari minggu, sebab Putrajaya tempat yang bersih dari sampah dan orang ramai yang berkunjung sentiasa menjaga displin dan tidak buang sampah merata.”


Selain itu, dia juga berkata Putrajaya dijadikan sebagai contoh mendidik anak untuk berdisplin.


“Saya suka bawak anak-anak ke Putrajaya kerana mudah untuk anak-anak saya belajar untuk tidak buang sampah merata. Persekitaran yang kotor akan memberi ‘greenlight’ kepada anak kecil untuk buang sampah”.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  14  =  22