Puteri UMNO Sungai Siput mahu BN kembalikan kerusi kepada UMNO

 Puteri UMNO Sungai Siput mahu BN kembalikan kerusi kepada UMNO

Oleh Suraya Ali

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sungai Siput, Norazura Abdul Karim mahu Barisan Nasional (BN) menyerahkan kerusi Parlimen Siput kepada UMNO.

Norazura Abd Karim

Dalam kenyataan di laman sosial Facebook, Norazura berkata MIC gagal mempertahankan kerusi itu sejak kali terakhir mereka menang pada 2008.

“Sejak PRU pertama, Sungai Siput diwakili oleh MIC dalam setiap pilihan raya. Bermula dengan Tan Sri VT Sambanthan dan yang terakhir Tan Sri S Samy Vellu pada 2008,” katanya.

Menurut Norazura lagi, BN tidak perlu bermain dengan kuota kerana selama 3 penggal, kuota ini tidak mampu mengembalikan Sungai Siput kepada BN.

“Sehingga kini, setelah 3 penggal PRU, Sungai Siput masih lagi tidak mampu dimenangi oleh MIC,” tegasnya.

Tambah Norazura, dengan jumlah pengundi India yang hanya antara 11,800 hingga 12,000 orang, MIC dilihat tidak mampu lagi mengembalikan kerusi Parlimen Sungai Siput kepada BN.

Sehubungan itu, Puteri UMNO Bahagian Sungai Siput merasakan seharusnya kerusi Parlimen itu diberi kepada parti yang mampu memenanginya semula.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

9  +  1  =