Pusat Robotik dibangunkan di Medini

 Pusat Robotik dibangunkan di Medini

KOTA ISKANDAR, 18 Jun — Bandar Medini Iskandar Malaysia di sini bakal menjadi Hab Digital Selatan tanah air dengan pembangunan Pusat Kecemerlangan Robotik (CoE) menjelang tahun 2026.

Usaha ke arah tersebut berjaya dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) antara IIB Venture Sdn. Bhd., (IIB Ventures), anak syarikat Iskandar Investment Berhad (IIB) dengan Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd (MTDC), semalam.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Datuk Khairil Anwar Ahmad berkata, MoU itu bagi penubuhan Robotics CoE dengan IIB berhasrat untuk mengembangkan 200 teknopreneur di kawasan Iskandar Puteri dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Ini akan dicapai menerusi program Iskandar Innovation Hub dan Drone and Robotics Zone (DRZ) Iskandar.

IIB dan MTDC menjalin kerjasama dalam membangunkan Pusat Robotik di kawasan Bandar Medini, Iskandar Puteri semalam. Foto WMY/Nurman Nasyriq

“Selain itu, kerjasama ini juga akan membawa masuk syarikat dan akses dalam pasaran dan pengkomersialan, khidmat nasihat, mentor industri, memberikan fasilitasi peraturan yang relevan dan banyak lagi,” katanya pada satu kenyataan, hari ini.

MoU yang dimeterai secara maya tersebut turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Datuk Norhalim Yunus.

Menurut Norhalim, Robotics CoE akan memperkukuhkan lagi usaha untuk menyediakan platform untuk penyedia penyelesaian Revolusi Industri 4.0 yang inovatif kepada pelbagai sektor industri di Johor.

“MTDC mempunyai ekosistemnya dan kerjasama ini juga akan meningkatkan potensi besar untuk mengembangkan bakat-bakat tempatan agar bersedia dengan Revolusi Industri 4.0 dan membantu mencapai agenda transformasi digital sebagai sebahagian daripada inisiatif utama Iskandar Malaysia,” katanya.

Kerjasama itu juga membolehkan MTDC memperkenalkan program pengembangan bakat untuk PKS, universiti, usahawan dan inovator di wilayah Selatan.

IIB akan menjadi platform tuan rumah yang akan memudahkan bantuan nasihat di wilayah Selatan.

Nurman Nasyriq

http://wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *