Pusat Darah Negara lanjut waktu operasi sepanjang Ramadan

 Pusat Darah Negara lanjut waktu operasi sepanjang Ramadan

KUALA LUMPUR, 12 April — Pusat Darah Negara (PDN) melanjutkan waktu operasinya sepanjang bulan Ramadan bagi memudahkan penderma darah beragama Islam untuk menderma darah selepas berbuka puasa.

Dalam satu hantaran yang dikongsikan PDN melalui Facebooknya, PDN Jalan Tun Razak akan beroperasi bermula 7.30 pagi hingga 9 malam pada Isnin hingga Jumaat, manakala Sabtu dan Ahad serta cuti umum pula dari pukulĀ 8 pagi hingga 4 petang.

Bagi PDNĀ Donation Suite di Midvalley Megamall, ia akan beroperasi setiap hari dariĀ 10 pagi hingga 9 malam sepanjang Ramadan ini.

Suite Derma Darah Puspanita diĀ Presint 10, Putrajaya pula akan beroperasi dariĀ 8 pagi hingga 4 petang pada Sabtu hingga Rabu dan 1 tengah hari hingga 8.30 malam setiap Khamis dan Jumaat.

“Penderma darah bukan beragama Islam diseru untuk tampil menderma darah sepanjang bulan Ramadan ini bagi memastikan stok darah kekal selamat,” menurut hantaran tersebut.

Makanan berbuka disediakan di Puspanita (tertakluk kepada 15 penderma terawal) dan PDN, Jalan Tun Razak (tertakluk 30 penderma terawal).

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

30  −  28  =